Pagi 10hb Februari 2011, pukul 6.45 pagi, aku received call dari mak. "Long, atok dah meninggal!" aku terkejut betul. Tak terucap pon Innalillah. 5 minit lepas tu aku kol Shitah, adek aku "Tah, buat apa tu? Happy b'day. Ni ada berita nak disampaikan, mak kol tadi cakap atok dah meninggal"
15 minit lepas tu mak kol lagi cakap, tak atok tak meniggal. Atok jatuh, tak tau lagi keadaan camne.
Ya allah, terus aku telepon Shitah, false alarm!
Kesian atok dan Shitah.
Sampai kat kampung, sebelah badan tak dapat gerak. Mak kata dah paggil MA kat klinik kampong. Dia suruh anta hospital cepat.
Abis tu kenapa tak gi hospital lagi? Ada anak atok yang tak setuju, kata mak. Dia org kata atok dah tua, nanti dia org buat mcm2 kat atok.
Bincang punye bincang, si pembangkang pon buat announcement "Baiklah, kalau korang nak bawak gak bapak g hospital, korang bawaklah. Aku ni dah tak ada hak. Korang buatlah"
Aku tak faham, kenapa boleh jadi sampai amcam ni. Lepas tu semua sepakat, bawak atok utk pergi periksa kat hospital, tapi tak nak masok wad. Lepas periksa nak bawak balik" Paggil ambulan, bawak atok g hospital, boh oksigen, masuk drip. MA tanya mak, kenapa lambat sangat baru nak anta g hospital? Mak kata kena bincang adek beradek.
Lepas Ct Scan, Neuro doktor kata atok ada bleeding sikit dalam otak. Tak perlu bedah.
Lepas tu jumpa lak ngan doktor medical, dia kata "Atok awak ada pendarahan dalam otak. Memang tak banyak, tapi terlau ke dalam. Kita tak mahu teruskan dengan pembedahan kerana usianya , kalau kita buat, atok awak kena pakai ventilator dan mungkin tak boleh off sampailah dia meninggal"
So, atok pon di bawa balik. Sampai sekarang atok tenat.
No comments:
Post a Comment