Wednesday, February 16, 2011

MasyaAllah......betulke ni!

12 Rabiulawal, atok menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 4.50 petang.
Al-Fatihah.
Lepas jenazah atok di bawa ke tanah perkuburan, aku dengan suami nak kena anta mak ot sekeluarga ke airport.
Ok, aku tak nak cerita panjang pasal apa yang seterusnya waktu pengebumian jenazah atok, sebab aku bukannya ada kat situ.
Balik dari airport jam dah kol 11.30 pagi, perut dah keroncong sebab pagi tak breakfast.  So, aku, husband, baby dan wani pon singgahlah kat sebuah kedai makan di Kota Sentosa, SERAPI KORNER. Dari segi rupa kedainya macam kedai makan yang lain-lain yang ada kat sekitar Kuching ni.  Gi kat tempat laok-paok memang menyelerakan.
Aku pon minta nasi putih setengah, ambil seketul laok ikan masak lemak cili api, sambal terung satu sudu dan perut lembu masak lemak sili api pon satu sudu.  Perangai aku kalau makan nasi campor aku akan ambil nasi dan laok cukup-cukup je sebab tak suka tengok rezeki di buang.  Waima kalau aku makan buffet yang harga puluh ringgit pun aku makan cukup2 je, tak lah sampai nak isi perut penuh sebab bayar mahal.
Dah siap semua ambil makanan, bawak kemeja.  Sementara tunggu hubby basuh tangan sebab nak sama2 baca doa makan, seorang pekerja kedai bawak pen dan tulis sambil mengira laok dan nasi.
Lepas makan aku pon tengok lah resit yang dia dah siap kira yang diletakkan kat dlam gelas plastik kosong kat atas meja, aku pon, MASYAALAH.....BETULKE NI!
Kat resit tulis
N/C aku assume nasi campor 8.00, 11.00 dan 13.00
Tak pernah aku makan nasi campor kat kedai makan biasa sampai harga tu.  Bukannya ada air-cond ke apeke yang special sangat kat kedai ni.
Dek kerana tak puas ati, husband aku pon tanya lah yang isu bil tadi, "Dik, ni apa yang di makan ni caj sampai 13.00"
"Tu nasi yang kakak makan tadi, akak makan apa tadi?" Aku pon jawablah "Nasi stengah, ikan masak lemak, sambal trung dan perut lembu masak lemak".
"OOO nasi setengah tadi ya? Ikan tu seketul 5.00 kak" Aku ingat lagi ikannya lebar 3/4 inci lebih kurang, panjang dua inci." Cuba kau org tolong aku kira, kalau nasi setengah singgit, ikan seketul 5 inggit, baru 6 inggit.  Yang lagi 7 inggit tu apa benda yang die caj?  yang lagi tinggal kat dalam pinggan tu sayur terung sambal sesudu dan perut lembu sesudu.  Takkan 3.50 kot satu. Memandangkan aku tengah tak de mood, sbb tak cukup tido dan letih, aku malaslah nak tanya lebih, nanti lain pulak jadiknye.
Tapi aku cakap kat husband, kecualilah satu ari nanti aku pergi makan kat kedai biasa yang lain die caj aku lebih mahal dari kedai ni baru aku dapat terima apa yang budak kedai ni buat kat aku.  SERAPI KORNER memang hari ini dalam sejarahlah untuk aku.  Cukuplah aku takkan makan lagi kat kedai cekik darah macam ni.  Aku ingat benda online je, atau pinjaman bank je yang ade hidden charges.  Kat kedai makan pon ade hidden charges. 
Lepas tahlil tadi, aku pon cite lah dengan keluarga yang berkumpul, rupanya ramai jugak yang terkena.  Cousin aku kata dia org caj anak dia yang umur 4 taun punya nasik 10.00.  Kalau g kat "Hartz Chicken Buffet", berbaloi-baloi budak kene bayar 8 inggit, semua boleh makan.  Kepada tuan punye kedai, pantaulah sikit pekerja2 anda dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment