Wednesday, February 16, 2011

MasyaAllah......betulke ni!

12 Rabiulawal, atok menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 4.50 petang.
Al-Fatihah.
Lepas jenazah atok di bawa ke tanah perkuburan, aku dengan suami nak kena anta mak ot sekeluarga ke airport.
Ok, aku tak nak cerita panjang pasal apa yang seterusnya waktu pengebumian jenazah atok, sebab aku bukannya ada kat situ.
Balik dari airport jam dah kol 11.30 pagi, perut dah keroncong sebab pagi tak breakfast.  So, aku, husband, baby dan wani pon singgahlah kat sebuah kedai makan di Kota Sentosa, SERAPI KORNER. Dari segi rupa kedainya macam kedai makan yang lain-lain yang ada kat sekitar Kuching ni.  Gi kat tempat laok-paok memang menyelerakan.
Aku pon minta nasi putih setengah, ambil seketul laok ikan masak lemak cili api, sambal terung satu sudu dan perut lembu masak lemak sili api pon satu sudu.  Perangai aku kalau makan nasi campor aku akan ambil nasi dan laok cukup-cukup je sebab tak suka tengok rezeki di buang.  Waima kalau aku makan buffet yang harga puluh ringgit pun aku makan cukup2 je, tak lah sampai nak isi perut penuh sebab bayar mahal.
Dah siap semua ambil makanan, bawak kemeja.  Sementara tunggu hubby basuh tangan sebab nak sama2 baca doa makan, seorang pekerja kedai bawak pen dan tulis sambil mengira laok dan nasi.
Lepas makan aku pon tengok lah resit yang dia dah siap kira yang diletakkan kat dlam gelas plastik kosong kat atas meja, aku pon, MASYAALAH.....BETULKE NI!
Kat resit tulis
N/C aku assume nasi campor 8.00, 11.00 dan 13.00
Tak pernah aku makan nasi campor kat kedai makan biasa sampai harga tu.  Bukannya ada air-cond ke apeke yang special sangat kat kedai ni.
Dek kerana tak puas ati, husband aku pon tanya lah yang isu bil tadi, "Dik, ni apa yang di makan ni caj sampai 13.00"
"Tu nasi yang kakak makan tadi, akak makan apa tadi?" Aku pon jawablah "Nasi stengah, ikan masak lemak, sambal trung dan perut lembu masak lemak".
"OOO nasi setengah tadi ya? Ikan tu seketul 5.00 kak" Aku ingat lagi ikannya lebar 3/4 inci lebih kurang, panjang dua inci." Cuba kau org tolong aku kira, kalau nasi setengah singgit, ikan seketul 5 inggit, baru 6 inggit.  Yang lagi 7 inggit tu apa benda yang die caj?  yang lagi tinggal kat dalam pinggan tu sayur terung sambal sesudu dan perut lembu sesudu.  Takkan 3.50 kot satu. Memandangkan aku tengah tak de mood, sbb tak cukup tido dan letih, aku malaslah nak tanya lebih, nanti lain pulak jadiknye.
Tapi aku cakap kat husband, kecualilah satu ari nanti aku pergi makan kat kedai biasa yang lain die caj aku lebih mahal dari kedai ni baru aku dapat terima apa yang budak kedai ni buat kat aku.  SERAPI KORNER memang hari ini dalam sejarahlah untuk aku.  Cukuplah aku takkan makan lagi kat kedai cekik darah macam ni.  Aku ingat benda online je, atau pinjaman bank je yang ade hidden charges.  Kat kedai makan pon ade hidden charges. 
Lepas tahlil tadi, aku pon cite lah dengan keluarga yang berkumpul, rupanya ramai jugak yang terkena.  Cousin aku kata dia org caj anak dia yang umur 4 taun punya nasik 10.00.  Kalau g kat "Hartz Chicken Buffet", berbaloi-baloi budak kene bayar 8 inggit, semua boleh makan.  Kepada tuan punye kedai, pantaulah sikit pekerja2 anda dan selamat beramal.

Monday, February 14, 2011

ATOK

Pagi 10hb Februari 2011, pukul 6.45 pagi, aku received call dari mak.  "Long, atok dah meninggal!"  aku terkejut betul.  Tak terucap pon Innalillah.  5 minit lepas tu aku kol Shitah, adek aku "Tah, buat apa tu?  Happy b'day.  Ni ada berita nak disampaikan,  mak kol tadi cakap atok dah meninggal"
15 minit lepas tu mak kol lagi cakap, tak atok tak meniggal.  Atok jatuh, tak tau lagi keadaan camne.
Ya allah, terus aku telepon Shitah, false alarm!
Kesian atok dan Shitah.
Sampai kat kampung,  sebelah badan tak dapat gerak.  Mak kata dah paggil MA kat klinik kampong.  Dia suruh anta hospital cepat.
Abis tu kenapa tak gi hospital lagi?  Ada anak atok yang tak setuju, kata mak.  Dia org kata atok dah tua, nanti dia org buat mcm2 kat atok.
Bincang punye bincang, si pembangkang pon buat announcement "Baiklah, kalau korang nak bawak gak bapak g hospital, korang bawaklah.  Aku ni dah tak ada hak. Korang buatlah"
Aku tak faham, kenapa boleh jadi sampai amcam ni.  Lepas tu semua sepakat, bawak atok utk pergi periksa kat hospital, tapi tak nak masok wad.  Lepas periksa nak bawak balik"  Paggil ambulan, bawak atok g hospital, boh oksigen, masuk drip.  MA tanya mak, kenapa lambat sangat baru nak anta g hospital?  Mak kata kena bincang adek beradek.
Lepas Ct Scan, Neuro doktor kata atok ada bleeding sikit dalam otak.  Tak perlu bedah.
Lepas tu jumpa lak ngan doktor medical, dia kata "Atok awak ada pendarahan dalam otak.  Memang tak banyak, tapi terlau ke dalam.  Kita tak mahu teruskan dengan pembedahan kerana usianya ,  kalau kita buat, atok awak kena pakai ventilator dan mungkin tak boleh off sampailah dia meninggal"
So, atok pon di bawa balik.  Sampai sekarang atok tenat.