Thursday, September 29, 2011

KERJA ITU IBADAH!

Ada tak sesiapa yang dah bace Solusi Isu No. 35 2011?  Tajuk depannya SIHAT TANPA MAKSIAT. Aku dah bace awal bulan ari tu, cuma bila heboh pasal umur persaraan dilanjutkan, aku teringat dengan satu artikel dalam Solusi tu.
Bukannya ape, aku ade jugak dengar komen pendengar2 kat salah sebuah stesen radio tentang isu umur persaraan yang dilanjutkan ke 60 tahun, majoriti golongan yang baru tidak setuju dengan cadangan ni!  Ada seorang pendengar tu pulak boleh cakap yang golongan veteran yang masih bekerja ni tak produktif, kerja yang update sikit cakap tak reti nak buat dan bla bla bla.  Sedih jugak aku dengar komen macam ni.  Apa-apapun bagilah komen yang membina......janganlah mengomel benda yang dirasakan "kes2 terpencil."  Along pon lama lagi nak melangkah umur pencen ni, tapi selalunya along akan senyum je kalau jumpe kengkawan senior yang macam ni, cuma along akan cakap "mereka ni letih agaknya!"
Sesiape yang ade baca Solusi Isu 35, mesti ingat dengan satu artikel kat muka surat 36 yang bertajuk "HATI SEORANG PEMANDU TEKSI." di ruangan beduk diketuk.
Kepada pengarangnye along minta izin ye nak bagi sinopsis artikel ni ckit.

Ceritanya si penulis selalu berpapasan dengan seorang pemandu teksi di masjid kawasan perumahannya.  Ini menarik minat penulis untuk mengetahui tentang pemandu teksi yang berada pada usia lewat 60an.  Di satu kesempatan penulis sempat bertanya mengapa si pemandu teksi masih lagi memandu teksi pada usianya adakah kerana untuk menyara keluarganya.  Pemandu teksi rupanya mempunyai kehidupan yang stabil, dimana anaknya semua sudah bekerja.  Desakan penulis untuk mengetahui mengapa beliau masih membanting tulang empat keratnye mendapat jawapan yang memberi kesan kesedaran yang mendalam kepada penulis.  Seperti yang ditulis dalam artikel tersebut, jawapan pak cik "Bukankah bekerja itu satu ibadah?  Ibadah mana ada pencen,"dan satu lagi jawapan pak cik tersebut sebagaimana yang ditulis oleh penulis, apabila ditanya adakah dia gembira dengan kerjanya "Gembira. Pakcik tak ada kepandaian lain.  Inilah sahaja kepandaian pakcik.  Bawa teksi.  Dengan cara inilah sahaja pakcik memberi khidmat kepada manusia lain,"
Cerita pakcik ni mengingatkan aku pada kawan aku yang akan bersara taun depan.  Walaupun dah dekat nak pencen, die tak macam ape yang digomelkan kat dalam radio dan komen kat dalam facebook.  Kekadang aku pulak yang rase malu sendiri tengok kesungguhan die bekerja.  Walaupun die banyak pengalaman dah lama bekerja, die buat kerja macam budak baru grad yang baru dapat kerja.  Bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi.  Walaupun die orang lama, hanya kerana aku diberi peluang untuk menimba ilmu lebih sikit, dengan rase hormatnya die akan minta pendapat dan tunjuk ajar dalam bidang yang aku pelajari.  Air mukanye sedap mata memandang, dan tak ade garis penat atau susah dalam menjalankan tugasan yang diberi. Pernah die bagitau aku "Akak cukup tak suka bila orang tanya akak, tak jemu ke kerja macam ni sampai sekarang? Akak selalu jawab kat die orang, kerana keizinan yang Allah berikan aku dapat kerja ni.  Dengan rezeki yang aku dapat dari kerja nilah yang bagi aku anak beranak makan dan dapat beli pakaian untuk tutup badan aku ni, untuk aku bayar rawatan  bile aku sakit dan macam2 lagi.......kenapa pulak aku nak jemu dengan kerja yang dah banyak bagi aku kesenangan selama ni?"  Apa pendapat korang?
Suami aku pernah bagitau aku bila aku ajukan soalan kepada die, ade ke kederat lagi kalau nak kerja sampai 60taun...."Cuba tengok petani,sebab itu dah kerja dia orang sampai umur berapapun dia orang masih mampu bertani, sebabnya memang mereka dah biasa buat kerja macam tu.....takkan tak pernah tengok petani yang umurnye 60-70taun.  Tapi kalau dah jadi kerani, bila pencen 55 taun nak tukar bidang jadi petani, memanglah tak larat sebab benda tu dia orang tak biasa buat,  Macam tu jugak dengan kerja kita, dah kita biasa buat kerja-kerja tu, kalau kesihatan tak terganggu memang prestasi masih tahap tu...........So, nak ke pencen umur 60 taun.....yang pastinye aku confirm pencen 55 taun!!!!!

Tuesday, September 27, 2011

Roxette - It Must Have Been Love (Part 2)

Ok.....now the story begin.  Seperti yang aku janjikan pagi tadi.....cerita di sebalik lagu ROXETTE ni............Kita pergi ke tahun 1991....kalau aku tak silap!

Masa ni aku keje hotel line kat salah sebuah resort, so resort ni dah jadi rmh no 1 untuk kitaorang yang keje kat situ.  Ape ke tidak, kalau keje malam atau ada function dan kene keje lebih, kitaorang akan tidur je kat kuarters resort.  Nak dijadikan cite, aku pun berkawanlah dengan salah seorang executive kat resort ni........ehem ehem pempuan tau.....jgn nak mandai2 pikir yg lain.  Kwn aku ni, tak taulah bila masa pulak dapat boyfriend kat kpg dekat2 situ.  Masalahnye, keluarga die tak suke dgn budak laki nie.  Sedang hangat bercinta lah katekan, sampai bengkak2 mate member g keje, menangis sakan mengenangkan nasib.
Satu ari tu , die sampai kat tpt keje, dengan mate bengkak dan mcm depressed betul! tiba-tiba die cakap kat aku, "Jom ikut aku!"  Aku yang terpinga-pinga ni ikut lah jugak masuk kete.  Dalam keta die pon storylah ape yang berlaku.  Ceritanya:
Malam tadi mak aku suruh cousin aku yang tinggal kat ..... masuk meminang.  Aku terkejut bile tengok org datang bertandang, rupenye merisik.  Aku pon cakap yang aku tak setuju.  Parent aku cakap kalau aku nak jugak dengan die, aku bukan anak dia orang lagi!
Sambil die cerita kaki tekan pedal minyak. kereta jadi makin laju....Masa ni cassete player keta die tengah mainkan lagu ROXETTE yang jiwang ni.....
Sampai kat satu selekoh, tepi gaung......kereta hampir terbabas. Aku sempat jerit dan die brekkan keta. Nasib baik tak de keta kat belakang.  Rupa-rupanya boyfriend aku perasan yang die bawak keta lain macam je, ikut kite org dari blakang!
Lepas member aku ni settle down, kita org patah balik kat tempat keje.  Sampai je, pak we aku terus tanya "Ok ke? dari belakang I nampak kereta sikit lagi nak terbabas kat tepi jalan, kalau tadi terbabas gerenti masuk gaong......ooooo apehal tadi?". Muka die memang perasan panik.
Kalu betul2 terbabas dan masuk gaong.....eeeeeiiiiiiii seram aku nak pikir!  Ntah2 aku ngan kwn aku dah jadi arwah sekarang ni.
Tu cerita dulu, sekarang ni kwn aku kawen jugak dengan boyfriend die tu, 5 org anak dah.  Aku pon kawen jugak dgn boyfriend aku tu, sampai sekarang ambik berat tentang aku macam masa bercinta dulu!!!!!!!Dan aku dengan husband pulak ade lagu kenangan sen "DENDAM CINTA SEUSIA DUNIA" tak pernaha dengar?
The end!

Monday, September 26, 2011

Roxette - It Must Have Been Love [with lyrics]

Macam biasa, pagi-pagi masa prepare breakfast aku selalu humming lagu......so pagi tadi tadi masa tengah prepare breakfast aku pun buat bende yang same, humming lagu.  Fikiran pulak melayang-layang.  Macam2 kat dalam kepala!  Lagu yang aku selalu hummingkan kat dapor biasanya  lagu2 yang tengah hit kat dalam radio tu.....tapi pagi ni boleh terhumming lagu ni pulak....ROXETTE..IT MUST'VE BEEN LOVE?

Ko org pernah dengar lagu nie.....Ce dengar jap.  Lagu nie sebenarnye banyak kenangan untuk aku........Mungkin kepala tengah serabut....so keluar memory separa sedar yang terbelakang tu!  Dengar lu lagu nie, nanti aku story cerita behind this song .....K!
Nanti aku citer apa yang ade kat lagu nie! tuggu yer entry lepas nie....aku janji!  Masa nak siap g keje nie.....nanti citer sekerat jalan....TAK SSSYYYYOOOOOKKKKKKK!!!!!!

Thursday, September 22, 2011

TERMENYAMPAH LAH PULAKKKK!!!!!

Menyampah nye aku, geramnye aku...........tak taulah puasa aku kemana ari nie.  Memang betullah kita ni bukan maksum.............aleh2 terkantoilah jugak dengan hawa nafsu.  Hari ni dan esok aku kene attend kursus.  Memang tak gemar attend kursus ni......bukan sebab kursus nye tapi venuenya!  Balik dari kursus, waktu tengah jem kat traffic light (tak ke lucu bunyiknye, boleh jem dekat traffic light? Yelah jem, sebab lampu merah!) dapat sms yang macam ni

"Dear students, tutorial for ******** (Tutor: Mdm A.....)will be conducted this coming Sunday (25/9) @ 8-12. Your tutor will not available on tutorial 1 & 2. Tq."

Kau org tau ape yang aku rase bila baca sms nie? Aku rasa menyampah yang teramat sangat......Tutorial ni kalau ikut jadual asal yang dah dikeluarkan beberapa minggu yang lepas ialah 2/10/.  Masa Sem 1 kita org ada subject Distance Learning, dlm tu siap lagi bagitau pasal time management, prioritise benda harian dan buat plan.....Aleh2 pusat pengajian pon tak buat plan.  Bayangkanlah aku dah cantek2 plan minggu ni aku free weekend, Saturday dah siap plan dan Sunday pon dah ade plan................kene buat rombakan.  Dah lah short notice..hari ni 22/9, baru nak bagi sms.  Check kat web site hari2 tak de pon changes kat timetable!
Kalau tak pegi rugi pulak, yuran tutorial untuk Sem ni dah bayar, kat mane aku nak mengadu ye?  Bukan satu subjek, dua subjek pulak tu.  Jadual Sunday yang sepatutnye daku dah plan dengan family hancusssss!!!! 8am - 2pm kena ada dalam bilik kuliah.  Nasib baik aku belum janji ape2 kat anak2.
Masa mula masuk, bukan main lagi taklimat kata sistem pembelajaran mereka flexible memudahkan kita yang bekerja ni tuning time kite........Ni lain pulak jadiknye..kite pulak yang kene buat time untuk die org punye tutor!
 Aku nak grumble pon tak tau sapa yang nak dengar, lepas tu sms suruh atorkan perjumpaan dengan tempat praktikal untuk jadual attachment esok pukul 2.  Dapat sms pukul 5pm.  Esok kan orang keje......eeeeeee apelah punye gilerrrrr!  Sms lah minggu lepas, bolehlah arrange semua dengan bos.  Ingat kite ni keje sendiri ke, boleh keluar ikut suka hati.
Sakitnye jiwa raga aku.  Ni bukannye cabaran, ni dah masuk bab penganiyaan dari pusat pengajian.  Kalau lambat bayar tak boleh masuk sem, dah bayar sukahati die orang je buat mcm kite ni studdent full time yg sentiasa available untuk jadual die orang.  Ni yang buat aku tak ikhlas nak gi tutorial ni!  'Ya Allah, ampunilah aku kerana gusar dengan dugaanmu Ya Allah.  Sesungguhnya sesuatu yang engkau berikan itu, atas sebab dan kehendak mu yang maha mengetahui lagi maha mengampuni." AMIN

Dari Ibnu Ad –Dailami dari, Zaid bin Tsabit r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seandainya Allah berkehendak untuk menyiksa hamba-Nya yang berada di langit dan di bumi, nescaya Dia pasti akan menyiksa mereka, sedangkan Dia tidak zalim terhadap mereka.

Seandainya Allah merahmati mereka, sungguh rahmat-Nya itu lebih baik bagi mereka daripada amal-amal kebajikan mereka. Seandainya kamu mempunyai emas sebesar Gunung Uhud, kemudian kamu infakkan di jalan Allah, tidak akan diterima infakmu sehingga kamu beriman kepada takdir sepenuhnya.

Maka perlu kamu ketahui bahawa musibah yang menimpamu tidak akan meleset dari mu dan sesuatu yang mesti terlepas dari mu tidak akan menjadi musibah bagi mu. Jika kamu mati dengan (keyakinan) selain ini, pasti kamu masuk neraka.” (0062)

Wednesday, September 14, 2011

FAVOURITE ARTIS AKU YANG TERBARU.....................

"Apalah sangat nak hebohkan pasal die punye favourite artis....semua orang pun ade!"   HHHAAAA! Jangan nak cakap macam tu ye!  Ni special punye favourite artis....yang aku boleh peluk, pegang , cubit, marah, geletek dan jumpa hari-hari. TAK CAYE? Betul beb!.

"Saya Mohd Aliff Izzuddin sebagai 'Cucu Atok'".

Sweet Smile!

Aliif Izzudin parent in green, sebelah kakaknya. Cik Shitah and family in peach. Tengah atok dan nenek. Taun ni Wa dan Pak Ngah mis lah. Kesian Cik, last year die mis, ingat nak gambar sekali taun ni! 

Ceritanya bulan puasa yang lepas, emak die kene call dengan Kak Zai dari RTM Kuching untuk drama radio sempena hari raya. sejak tu aku panggil die artis.,  Sebelu ni aku panggil die Imam Muda......sebabnya suruhlah Azan, Iqamah dan Zikir, sedap suara die beb....Menari dan Nasyid pun boleh tahan.  Umur 5 taun semua bidang seni tu die dapat grab.  Nakal dah semestinya, sebab (saya budak lagi!".  HEHEHE

Tuesday, September 13, 2011

BEBI VS BABY....................

Terpaksa ambik emergency leave ari nie. Bebi kena allergic reaction......tak tau allergy dengan ape...............habis satu badan macan RED CARPET!  Tergaru-garu......kesian pulak tengok die.  Malam pon tak berapa nak lena, di sebabkan gatal.


Along pon bawaklah die pegi Poliklinik........so kene bagi IV Hydrocort 100mg, barulah reda sikit rashes die.  Tapi Bebi ni memang manja macam baby..........
 

Saturday, September 10, 2011

JOMLAH LAYANNNN!

Ce teke aku nak ajak layan ape?   Nothing is so special (Apek selalu cakap macam tu, suka guna is sebagai penyambong ayat...hehehe).  Aku nak ajak korang layan Tupperware.  Aku memang minat giler kat tupperware nie.  Pantang ade yang keluaran exclusive atau limited edition, aku memang grabb punye
 
  Ni die punye rice dispenser, aku sendiri pon tak ingat taun berapa aku beli, kalau aku tak silap anak aku yang sulong masih kecik lagi.  Sekarang ni abang long dah 16 taun dah, benda nie masih nampak macam brand new kan? Tak caye?  Tengoklah sendiri.  Kalau tak cukup besag gambar tu, gi lah zoom. Aku tak tipu wei,sebab sekarang nie rice dispenser tupperware bukan gaye nie lagi tau. Bentuk segi empat dan warna putih merah.  Sampai satu hari tu, emak mertua aku dok rumah sorang2, die tak masak nasik sebab tak jumpe bekas beras.  Aku punyelah geli hati.  Die ingatkan aku anak beranak  makan luar je hari2 tu sebab tak beli beras. Lansung die tak perasankan bekas beras tu, diingatnye water dispenser yang elektrik untuk masak air. Tucerita lama dah.  Sekarang mak mertua aku pon dah kenal Tupperware.  Siap suruh adik ipar aku belikan bekas lauk ala2 mangkuk tingkat yang berwarna-warni tupperware..."Menah, mak teringin lah tengok bekas lauk kakak tu, cantik!".  Camtu lah antara bahasa bahasi die kat adik ipar aku. Gambar kat entry ni semua aku ambik yang kat rumah yang aku guna tiap ari.  Sorilah peti sejuk dah kosong lepas raya. Sebab hari2 biasa jarang nak stok lauk basah kat dalam peti sejuk.
Nak tau kenapa aku gilekan dan cintakan Tupperware.....terus terang aku nak bagitau aku tak taupun yang Tupperware nie dibuat dari material yang berkualiti.  Aku tak pernah ambik kesah pon die ade FDA (US Food and Drug Administration) dan JPFA (japan Polyolefin Hygienic Association punye standard.  Sebab aku nakkan Tupperware ialah:


1.  Tupperware cantik! warna die, bentuk die macam cun je letak kat mana2.  Bak kata org puteh is very presentable!.
2.  Aku boleh buat die nampak baru bile2 masa je!
Tengok bekas susu dan bekas Milo ni! Yang biru tu dan yang merah tu sama usia......yang merah nampak baru kan? aku cuma tukar tutup die percuma dengan yang lama dan jeng jeng jeng dah jadik baru.....
3.  Die exclusive! macam yang nie..........warna hijau combine dengan warna peach......is the very earth colour gitu!
4. Always up to date. canister hijau dan bekas oren tu aku baru beli untuk raya taun nie!

Sebab kegilaan aku dengan Tupperware nie, so aku decide nak ajak korang join aku punye minat merapu nie.  Sekarang aku dah ada kedai maya atau senang cerite online shop untuk Tupperware. Ade barang baru dan katalog terkini.  Semua harga ikut katalog dan yang istimewanya TIADA CAJ PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA.  Apa yang aku boleh tolong kau orang yang minat kat Tupperware ni?

- tak yah risau tak de mase nak gi stokis nak ambik barang.
- lagi pun kalau kat Sarawak ni stokis tak ramai, jadi beli online tuggu je barang datang kat rmh.

Ni ade lagi satu cerita yang menarik kalau nak jadi ahli, biasanya bila jadi ahli bayar rm60 so dapat kit member yang ade tiga tupperware dan bisnes kit. Ade satu pakej menarik, dengan rm260 dapat set Home dan Member kit yang bernilai rm434..........Jangan nganga!!!!!!Tengoklah Tupperware kit die (ade member baru join, tak antar lagi kit die.....so aku buat demo kat sini dulu......Mah minta izinlah ye!)
Sorile tak bukak plastik....orang punye.  Jadi jemputlah gi http://tupperwareaddictwithalong.blogspot.com/. 



















Saturday, September 3, 2011

Golden Churn........???????

Serius beb...betul betul punye serius wei......kes Butter Golden Churn nie!  Mula-mula di hebahkan pasal benda ni haram, MASYAALLAH terkezut dan terkedu serta terkilan sungguh.  Tapi tiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya.  Sampaikan raya taun ni aku merajuk tak nak buat kek, tapi laki aku punya pujuk, cair di buatnya.  At last aku buat jugak kek, tapi guna Buttercup!
Bayangkanlah, masa Jabatan Agama Islam Sarawak menasihati semua umat Islam untuk tidak menggunakan GCB (Golden Churn Butter ye, bukan grill chicken burger) sehingga siasatan keatas nya selesai, memang bengang.  Sebabnya sekejap kata tak halal, sekejap kata halal.  Siap keluar kat TV lagi cakap butter tu halal oleh salah seorang pegawai syarikat pengeluar butter tersebut lepas heboh JAIJ umumkan tak halal.
Satu malam laki aku kena sama' semua perkakas kuih aku.  Aku punyelah frust sampai suruh je lakiku buang semua peralatan kuih yang pernah aku gunakan dengan GCB tuuuu!  Nasib baiklah jumpe laki yang penyabar, die ingatkan aku, nasib benda ni terjadi, kalau idak sampei ke mati le yoep makan benda tu!
So, taun nie, hampir tiap rumah yang aku ziarah, siap owner bagitau, jemputlah makan kek, jgn takut....nie tak buat dari GCB.  Naik gelihati lah pulak sebab selama nie bukan main gah lagi GCB ni untuk kek Sarawak.....alih-alih sekarang jadi sesuatu yang digeruni pulak. KUN FAYAKUN.
Nak dijadikan cerita lebih panas, jiran aku jadi pembekal kek lapis Sarawak untuk pembeli dari Semenanjung, katanya jenuh menjawab soalan pasal butter nie. Aku cakap je kat die! kalau benda yang sah halal tapi perasaan was-was tu dah ade, cakap je tak payah beli. Tu dah Shubhah namanya.  Tapi dah dinamakan peniaga, terpaksalah layan karenah pelanggan kite.....ietak.  Tulah dalam salah satu entry aku dulu aku pernah cakap aku menyampah betul dengan peribahasa "CUSTOMERS ALWAYS RIGHT" sepatutunye letaklah customers always left.......yang banyak sangat songeh tu kita "leftkan ajelah die".......(sebab tu lah aku ni idup makan gaji, kalau aku bisnes gerenti pelanggan aku semuanye lari......hahaha".
Tulah tadi, setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita adalah ujian darinya........mungkin kerana kita terlupa atau tersilap maka Allah mengingatkan kita.  Bagi yang baca entry ni, di kesempatan ini aku ucapkan takziah kepada keluarga wartawan Malaysia yang meninggal terkena sasaran peluru sesat di Somalia. Al-Fatihah.......

Monday, March 28, 2011

Eustress Or Distress




Date : 28 March 2011
1.  Assignment due 3 April 2011
2.  Exam due 2 April 2011
3.  Ordering penggal due actually last week, hehehe tak buat pon last week, tak sempat!
4.  Monthly return due end of the month........dah nak end pon!
5.  Equipment movement data tak siap taip lagi
6.  Student practical dah datang ari ni...... plan tak buat lagi!
7.  Workload return tak kira lagi..........biarlah alang2 31hb
8.  Daily routine ( firstly wife, mom, daughter and sister, secondly kakitangan kerajaan, thirdly student, fourthly friend)

Hahaha tsunami ni, kalau korang masok kat stor yang aku look after, pengsan beb.  Rilek........jom kita schedule satu-satu.  Phewitttt........ada hati nak cakap pasal schedule mengschedule pulak! Kalau korang, nak buat apa dulu.   Alih-alih macam tau-tau aje dua teruna datang menjemput ku.  Bukan pegi dating la, jemput kerja yang due.  Sorang datang petang tadi, agak kol 6 gitu, tanya pasal ewuipment movement data.  Aku jawap, "K. data semua dah siap, nak taip je lagi."  Sorang pulak datang around 7 pm, tanya pasal ordering penggal, aku jawab " ok, aku submit before 9 pm".

Hehehe, mesti korang tolong aku cakap "banyak keja due boleh duduk tulis blog lagi?".  Alah... kalau pening pening pon bukan boleh siap semua keja, ya tak.  Buat pening je lah.  So, aku pikir aku buat ape yang mamat dua orang ni mintak dulu, then baru setel satu2 yang lain tu.

So, aku sempat siap kan ordering penggal dan submit sebelum kol 9pm seperti yang aku janjikan.  Ni sebenarnya tengah taipkan equipment movement data ni.  Monthly return aku sempat kira sebelum balik kol 9.30pm malam tadi.  Alhamdulillah, semua atas izin Allah.  Dia yang maha mengetahui.  Kita ni je yang selalu buat tak tahu, tak mau tahu dan tak pernah nak ambik tau!

K, sekarang ni aku tengah Eustress ke Distress...........Nak garu kepala tak gatal lah pulak!

Friday, March 25, 2011

Yarabbi............seram aku!

Lamak juak ku sik nyenguk blog ku tok.  Sori lah geng-geng yang selalu singgah, pi sik nemu crita baru.  Kan apa, gik gago ngan assignment koh.  maklomlah, dah lamak sik jadi student, pancet juak tayar nak molah assignmnet tok.  Tertunggit juak nak ncarik idea.
Ari tok tek, ku ada attend kursus pasal HIV.  Yarabbi..........seram nar ku nangga statistik nya.  Sik boh lah engkah dalam blog ku to jumlahnya, kelak sik pasal2 sidak overseas madah kita tok sarang HIV.  Sigek gik nak nyuruh ku ngerembang bulu tubuh, statistik sidak nak unur 13-19taun.  Kata penceramah tek, mun umurnya 13 taun dah di detect ada HIV, maknanya nya dah terdedah ngan aktiviti sik sehat lebih awal dari ya, mungkin masa umurnya 10, 11 ataupun kurang dari ya.  Nengar nak cam ya, teringat ku dengan kes di Myanmar, nembiak umur 9 taun dah dijadikan pekerja seks.  MasyaAllah,  bayangkan jak, umur-umur anak kita orang jak ya bah.  Ada kitak orang maca Harian Metro ari marek, kes cdak nembiak tok main game bergerek sampei ke molah hubungan seks, game Jepon katanya. 
Cam nei gik nak merik education ngan sidak target group tok o?  Di sekolah nang dah ada ceramah oleh sidak Jabatan Kerajaan tentang tok semua, sidak kempen anti merokok indah.  Kerja kursus nembiak sekolah pun ku nangga ada yang molah KATA TAK NAK! Tapi macam sik berkesan jak.
Di rumah pun nang sik pandei kepak ku ncarik peluang untuk merik sidaknya kesedaran tentang tok semua.

Coba kitak orang nangga jumlah dari negara jiran kita pada taun 2008, kita mpun sik jauh dari ya oooo.  Bayang kan camne gaya kita 2-5 taun akan datang.  Aku yang expose ngan field tok, nang mena-mena ku takut.  Bukan kerana takut kenak HIV kah apakah, sebab kerja aku nang risiko tinggi, pi miker anak-anak kita akan datang. 
Bila kita gintei to semua, kita akan bukak mata kita luas-luas.  Semua tok kerana menjauhkan dirik dari agama, pa pikir tak orang.  Sik takut ngan tuhan, nak dilarang semua nak di polah.  Sik hal, katanya, gik ada masa nak tobat bah.  Mun jak sempat!  Sidak politik pun dah sik da cerita lain, kes liwat lah, video seks lah....nang kesia ajak-ajak tujunya.  Tauk sik, mun ngikut statistik di Sarawak, kes HIV tertinggi di sebabkan heteroseksual.  Lain ngan di Semenanjung, penyebab utama ialah penagihan dadah.  Lepas ya di list gik, kerja yang dalam kategori nak berisiko............ada juak ku nengar nama baru ari tok tek MOMMA BLUES.  Pernah sik kitak orang dengar?  Retinya ialah isteri-isteri mun boleh di tunggah isterilah, yang di tinggal leh lakinya gi travelling lamak2 ya bah, dapat supply bila laki sik ada.   Apa lah nak jadi ngan KITA tok semua!

Wednesday, February 16, 2011

MasyaAllah......betulke ni!

12 Rabiulawal, atok menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 4.50 petang.
Al-Fatihah.
Lepas jenazah atok di bawa ke tanah perkuburan, aku dengan suami nak kena anta mak ot sekeluarga ke airport.
Ok, aku tak nak cerita panjang pasal apa yang seterusnya waktu pengebumian jenazah atok, sebab aku bukannya ada kat situ.
Balik dari airport jam dah kol 11.30 pagi, perut dah keroncong sebab pagi tak breakfast.  So, aku, husband, baby dan wani pon singgahlah kat sebuah kedai makan di Kota Sentosa, SERAPI KORNER. Dari segi rupa kedainya macam kedai makan yang lain-lain yang ada kat sekitar Kuching ni.  Gi kat tempat laok-paok memang menyelerakan.
Aku pon minta nasi putih setengah, ambil seketul laok ikan masak lemak cili api, sambal terung satu sudu dan perut lembu masak lemak sili api pon satu sudu.  Perangai aku kalau makan nasi campor aku akan ambil nasi dan laok cukup-cukup je sebab tak suka tengok rezeki di buang.  Waima kalau aku makan buffet yang harga puluh ringgit pun aku makan cukup2 je, tak lah sampai nak isi perut penuh sebab bayar mahal.
Dah siap semua ambil makanan, bawak kemeja.  Sementara tunggu hubby basuh tangan sebab nak sama2 baca doa makan, seorang pekerja kedai bawak pen dan tulis sambil mengira laok dan nasi.
Lepas makan aku pon tengok lah resit yang dia dah siap kira yang diletakkan kat dlam gelas plastik kosong kat atas meja, aku pon, MASYAALAH.....BETULKE NI!
Kat resit tulis
N/C aku assume nasi campor 8.00, 11.00 dan 13.00
Tak pernah aku makan nasi campor kat kedai makan biasa sampai harga tu.  Bukannya ada air-cond ke apeke yang special sangat kat kedai ni.
Dek kerana tak puas ati, husband aku pon tanya lah yang isu bil tadi, "Dik, ni apa yang di makan ni caj sampai 13.00"
"Tu nasi yang kakak makan tadi, akak makan apa tadi?" Aku pon jawablah "Nasi stengah, ikan masak lemak, sambal trung dan perut lembu masak lemak".
"OOO nasi setengah tadi ya? Ikan tu seketul 5.00 kak" Aku ingat lagi ikannya lebar 3/4 inci lebih kurang, panjang dua inci." Cuba kau org tolong aku kira, kalau nasi setengah singgit, ikan seketul 5 inggit, baru 6 inggit.  Yang lagi 7 inggit tu apa benda yang die caj?  yang lagi tinggal kat dalam pinggan tu sayur terung sambal sesudu dan perut lembu sesudu.  Takkan 3.50 kot satu. Memandangkan aku tengah tak de mood, sbb tak cukup tido dan letih, aku malaslah nak tanya lebih, nanti lain pulak jadiknye.
Tapi aku cakap kat husband, kecualilah satu ari nanti aku pergi makan kat kedai biasa yang lain die caj aku lebih mahal dari kedai ni baru aku dapat terima apa yang budak kedai ni buat kat aku.  SERAPI KORNER memang hari ini dalam sejarahlah untuk aku.  Cukuplah aku takkan makan lagi kat kedai cekik darah macam ni.  Aku ingat benda online je, atau pinjaman bank je yang ade hidden charges.  Kat kedai makan pon ade hidden charges. 
Lepas tahlil tadi, aku pon cite lah dengan keluarga yang berkumpul, rupanya ramai jugak yang terkena.  Cousin aku kata dia org caj anak dia yang umur 4 taun punya nasik 10.00.  Kalau g kat "Hartz Chicken Buffet", berbaloi-baloi budak kene bayar 8 inggit, semua boleh makan.  Kepada tuan punye kedai, pantaulah sikit pekerja2 anda dan selamat beramal.

Monday, February 14, 2011

ATOK

Pagi 10hb Februari 2011, pukul 6.45 pagi, aku received call dari mak.  "Long, atok dah meninggal!"  aku terkejut betul.  Tak terucap pon Innalillah.  5 minit lepas tu aku kol Shitah, adek aku "Tah, buat apa tu?  Happy b'day.  Ni ada berita nak disampaikan,  mak kol tadi cakap atok dah meninggal"
15 minit lepas tu mak kol lagi cakap, tak atok tak meniggal.  Atok jatuh, tak tau lagi keadaan camne.
Ya allah, terus aku telepon Shitah, false alarm!
Kesian atok dan Shitah.
Sampai kat kampung,  sebelah badan tak dapat gerak.  Mak kata dah paggil MA kat klinik kampong.  Dia suruh anta hospital cepat.
Abis tu kenapa tak gi hospital lagi?  Ada anak atok yang tak setuju, kata mak.  Dia org kata atok dah tua, nanti dia org buat mcm2 kat atok.
Bincang punye bincang, si pembangkang pon buat announcement "Baiklah, kalau korang nak bawak gak bapak g hospital, korang bawaklah.  Aku ni dah tak ada hak. Korang buatlah"
Aku tak faham, kenapa boleh jadi sampai amcam ni.  Lepas tu semua sepakat, bawak atok utk pergi periksa kat hospital, tapi tak nak masok wad.  Lepas periksa nak bawak balik"  Paggil ambulan, bawak atok g hospital, boh oksigen, masuk drip.  MA tanya mak, kenapa lambat sangat baru nak anta g hospital?  Mak kata kena bincang adek beradek.
Lepas Ct Scan, Neuro doktor kata atok ada bleeding sikit dalam otak.  Tak perlu bedah.
Lepas tu jumpa lak ngan doktor medical, dia kata "Atok awak ada pendarahan dalam otak.  Memang tak banyak, tapi terlau ke dalam.  Kita tak mahu teruskan dengan pembedahan kerana usianya ,  kalau kita buat, atok awak kena pakai ventilator dan mungkin tak boleh off sampailah dia meninggal"
So, atok pon di bawa balik.  Sampai sekarang atok tenat.

Saturday, January 22, 2011

SIKAP POSITIF YANG TAK POSITIF............HHMMMM!

Agak-agak nye ape yang aku nak cerita kat korang ari ni.  Dari tajuk kat atas tu, korang tpikir ape? ce cite, ce cite (versi hantu kak limah balik rumah!!!!!).  Dah dpt teka ke belum..........anda pasti dengan jawapan anda?  Ok boleh kunci lirik itu...............hahaha saje je nak merepek.  NGERICO TA ORG SARAWAK!

Ni pasal aku lah.  Ingat lagi tak aku de bagitau yang aku berazam ak fokus ngan study taun ni?  So, mase mula reg balik jadi formal student ari tu, aku mmg gelabah gile.  Tengok modul, attend bengkel, dapat terus tarikh final exam.......oooooooo blurr nak mampos!!!!   Mana tak nye, dah lebih dari 16 taun aku tinggalkan kelas formal, tak nye gelabah.  Kursus panjang yang last sekali aku ambikpon dah kira 8 taun yang lepas.

Balik pada cite kegelabahan dan kebengongan aku lps rg ari tu, balik rmh terus tenung modul.  Anxiety punya pasal, yang senang di faham pon jadi macam sepatah haram aku tak paham.  Lepas 2-3 hari aku dok tenung modul tu, tetibe je jadi tenang sendiri dan rupenye benda yang aku bacani tak lah susah sangat nak paham..................aaaaaa bermulalah sikap positif yang tak positif tu muncul.

Sekarang ni kat dalam aku punye learning system semua dah ade, assignment dah 4 masuk, forum dah mula, self assessment dah tercongok dan yang paling thrill, kelas pulak dicepatkan tarikhnya.............aku boleh pulak cakap ...... ala ilek lah aku yang nak masuk belajar balik, lantaklah apa pon yang terbentang kat dpn mata, gerenti boleh buat punye................woooo dah masuk bab takabur lah pulak.  Boleh lagi fikir,  selama ni pon kena belajar tiap ari cuma tak de exam je.......hahaha.

Kau org nak tau aku tgh buat ape sekarang ni?  Baca modul sambil tulis blog dan jeling FB.  Jom join aku sekali...............

Monday, January 3, 2011

MAK , JOM ANTA WANI GI SKUL (SCHOOL)

Pagi tadi kol 7 wani dah sibuk nak g skolah.  Ni baru rasa taun baru, 2011.

kol 6.30am dari rmh sbb sekolah kalau jln kaki 15 minit je.  bila dok lam keta, fulamak jadi more than 15 min.  keta dah mcm ketapi grabak dah kat jln.  2 bulan dah tak rase cam ni ...........excited lah pulak.

sampai kat sekolah wani ada lagi adegan menarik.  ada satu keta kat depan aku, si ayah gendong bag galas pink kecik kat belakng die, diri dlm ujan renyai.  Yang si emak pulak badan atas kat dlm keta, bhgn bwh kat luar keta (boleh byg tak? menoggeng lah tu!).  aku lalu blh dgr bunyi budak nangis, si emak ku dengar "kwn ade sekali kat dlm tu".   sah dah adegan pujuk rayu ala hindustan ni.

masa balik sekolah, dlm keta wani pon cerita.  nilah cerita versi wani

MAK, KAT SKUL TEK EH, DA KWN NANGIS. NYA MAOK MAKNYA! HEHEHE

Saturday, January 1, 2011

angah (aku nak jadi lain dari org)...........hehehe

ni, biaselah cerita si angah aku.  bila ada benda yang tak kenan di mata, aku akan tegur die. die punye standard jawapan, apa klass sama macam org lain.

cube korang bygkan ape yg die dah buat supaya tak same cam org lain

  1. student lain gi sekolaah dok diam lam kls bljr, angah boleh rayau2, sakat kawan dan cikgu dan boleh balik umh ikut suke die............
  2. pakai baju sklh butang warna- warni...........hehehe kene halau keluar sekolah.
  3. tukar warna asas kat name tag dari biru ke warna kuning, hijau dan merah, tukar nama kat nametag guna nama glemer..........sekali lagi kene halau
  4. kasut sekolah putih................gi buat checkers guna marker............another reason kene halau.
  5. buat carving kat alat tulis dan kenenkan pisau pena kat cikgu.............kene halau dari sekolah lagi.
  6. buku tulis untuk tulis nota tapi angah lukis kerta lumba.........cikgu oi cikgu semua, bengang tak
  7. aku suruh repair basikal bmx baby.......alih-alih part basikal baby g k basikal wani......meraung sakan si wani
  8. dan lain - lain lagi
tapi aku yakin yang die tak akan langgar undang-undang...........sebaba kalau die buat cam tu die dah jadi same macam org lain............dah byk sgt org yg lggr undang-undang waima penguatkuasa undang-undang sendiri.

kau org ade bran nak jaga anak cam nie?????????????????



2011

  1. woo, taun baru beb.   azam? hahaha........biasalah tu, taun baru, azam baru..........hehehe aku dah mulakan azam baru aku tu masa awal muharam ari tu dah.
  2. azam nya aku nak buat sesuatu tok tambah rezeki, nak kurangkan utang, nak kumpul duit satu family kalau boleh nak gi umrah ziarah.
  3. dah namanya mkn gaji, so first thing kene pikio camne nak buat gaji jadi lebih sikit.  Nak apply kenaikan pangkat,,,,,,,huhuhu aku tak gemor management thing nie.  so solution, sambung study untuk naik gred. siap dah, Januari ni jadi student balik.  
  4. jadiknye, azam yang sebenar sekarang nak fokus ngan study!