Thursday, September 29, 2011

KERJA ITU IBADAH!

Ada tak sesiapa yang dah bace Solusi Isu No. 35 2011?  Tajuk depannya SIHAT TANPA MAKSIAT. Aku dah bace awal bulan ari tu, cuma bila heboh pasal umur persaraan dilanjutkan, aku teringat dengan satu artikel dalam Solusi tu.
Bukannya ape, aku ade jugak dengar komen pendengar2 kat salah sebuah stesen radio tentang isu umur persaraan yang dilanjutkan ke 60 tahun, majoriti golongan yang baru tidak setuju dengan cadangan ni!  Ada seorang pendengar tu pulak boleh cakap yang golongan veteran yang masih bekerja ni tak produktif, kerja yang update sikit cakap tak reti nak buat dan bla bla bla.  Sedih jugak aku dengar komen macam ni.  Apa-apapun bagilah komen yang membina......janganlah mengomel benda yang dirasakan "kes2 terpencil."  Along pon lama lagi nak melangkah umur pencen ni, tapi selalunya along akan senyum je kalau jumpe kengkawan senior yang macam ni, cuma along akan cakap "mereka ni letih agaknya!"
Sesiape yang ade baca Solusi Isu 35, mesti ingat dengan satu artikel kat muka surat 36 yang bertajuk "HATI SEORANG PEMANDU TEKSI." di ruangan beduk diketuk.
Kepada pengarangnye along minta izin ye nak bagi sinopsis artikel ni ckit.

Ceritanya si penulis selalu berpapasan dengan seorang pemandu teksi di masjid kawasan perumahannya.  Ini menarik minat penulis untuk mengetahui tentang pemandu teksi yang berada pada usia lewat 60an.  Di satu kesempatan penulis sempat bertanya mengapa si pemandu teksi masih lagi memandu teksi pada usianya adakah kerana untuk menyara keluarganya.  Pemandu teksi rupanya mempunyai kehidupan yang stabil, dimana anaknya semua sudah bekerja.  Desakan penulis untuk mengetahui mengapa beliau masih membanting tulang empat keratnye mendapat jawapan yang memberi kesan kesedaran yang mendalam kepada penulis.  Seperti yang ditulis dalam artikel tersebut, jawapan pak cik "Bukankah bekerja itu satu ibadah?  Ibadah mana ada pencen,"dan satu lagi jawapan pak cik tersebut sebagaimana yang ditulis oleh penulis, apabila ditanya adakah dia gembira dengan kerjanya "Gembira. Pakcik tak ada kepandaian lain.  Inilah sahaja kepandaian pakcik.  Bawa teksi.  Dengan cara inilah sahaja pakcik memberi khidmat kepada manusia lain,"
Cerita pakcik ni mengingatkan aku pada kawan aku yang akan bersara taun depan.  Walaupun dah dekat nak pencen, die tak macam ape yang digomelkan kat dalam radio dan komen kat dalam facebook.  Kekadang aku pulak yang rase malu sendiri tengok kesungguhan die bekerja.  Walaupun die banyak pengalaman dah lama bekerja, die buat kerja macam budak baru grad yang baru dapat kerja.  Bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi.  Walaupun die orang lama, hanya kerana aku diberi peluang untuk menimba ilmu lebih sikit, dengan rase hormatnya die akan minta pendapat dan tunjuk ajar dalam bidang yang aku pelajari.  Air mukanye sedap mata memandang, dan tak ade garis penat atau susah dalam menjalankan tugasan yang diberi. Pernah die bagitau aku "Akak cukup tak suka bila orang tanya akak, tak jemu ke kerja macam ni sampai sekarang? Akak selalu jawab kat die orang, kerana keizinan yang Allah berikan aku dapat kerja ni.  Dengan rezeki yang aku dapat dari kerja nilah yang bagi aku anak beranak makan dan dapat beli pakaian untuk tutup badan aku ni, untuk aku bayar rawatan  bile aku sakit dan macam2 lagi.......kenapa pulak aku nak jemu dengan kerja yang dah banyak bagi aku kesenangan selama ni?"  Apa pendapat korang?
Suami aku pernah bagitau aku bila aku ajukan soalan kepada die, ade ke kederat lagi kalau nak kerja sampai 60taun...."Cuba tengok petani,sebab itu dah kerja dia orang sampai umur berapapun dia orang masih mampu bertani, sebabnya memang mereka dah biasa buat kerja macam tu.....takkan tak pernah tengok petani yang umurnye 60-70taun.  Tapi kalau dah jadi kerani, bila pencen 55 taun nak tukar bidang jadi petani, memanglah tak larat sebab benda tu dia orang tak biasa buat,  Macam tu jugak dengan kerja kita, dah kita biasa buat kerja-kerja tu, kalau kesihatan tak terganggu memang prestasi masih tahap tu...........So, nak ke pencen umur 60 taun.....yang pastinye aku confirm pencen 55 taun!!!!!

No comments:

Post a Comment