Thursday, September 22, 2011

TERMENYAMPAH LAH PULAKKKK!!!!!

Menyampah nye aku, geramnye aku...........tak taulah puasa aku kemana ari nie.  Memang betullah kita ni bukan maksum.............aleh2 terkantoilah jugak dengan hawa nafsu.  Hari ni dan esok aku kene attend kursus.  Memang tak gemar attend kursus ni......bukan sebab kursus nye tapi venuenya!  Balik dari kursus, waktu tengah jem kat traffic light (tak ke lucu bunyiknye, boleh jem dekat traffic light? Yelah jem, sebab lampu merah!) dapat sms yang macam ni

"Dear students, tutorial for ******** (Tutor: Mdm A.....)will be conducted this coming Sunday (25/9) @ 8-12. Your tutor will not available on tutorial 1 & 2. Tq."

Kau org tau ape yang aku rase bila baca sms nie? Aku rasa menyampah yang teramat sangat......Tutorial ni kalau ikut jadual asal yang dah dikeluarkan beberapa minggu yang lepas ialah 2/10/.  Masa Sem 1 kita org ada subject Distance Learning, dlm tu siap lagi bagitau pasal time management, prioritise benda harian dan buat plan.....Aleh2 pusat pengajian pon tak buat plan.  Bayangkanlah aku dah cantek2 plan minggu ni aku free weekend, Saturday dah siap plan dan Sunday pon dah ade plan................kene buat rombakan.  Dah lah short notice..hari ni 22/9, baru nak bagi sms.  Check kat web site hari2 tak de pon changes kat timetable!
Kalau tak pegi rugi pulak, yuran tutorial untuk Sem ni dah bayar, kat mane aku nak mengadu ye?  Bukan satu subjek, dua subjek pulak tu.  Jadual Sunday yang sepatutnye daku dah plan dengan family hancusssss!!!! 8am - 2pm kena ada dalam bilik kuliah.  Nasib baik aku belum janji ape2 kat anak2.
Masa mula masuk, bukan main lagi taklimat kata sistem pembelajaran mereka flexible memudahkan kita yang bekerja ni tuning time kite........Ni lain pulak jadiknye..kite pulak yang kene buat time untuk die org punye tutor!
 Aku nak grumble pon tak tau sapa yang nak dengar, lepas tu sms suruh atorkan perjumpaan dengan tempat praktikal untuk jadual attachment esok pukul 2.  Dapat sms pukul 5pm.  Esok kan orang keje......eeeeeee apelah punye gilerrrrr!  Sms lah minggu lepas, bolehlah arrange semua dengan bos.  Ingat kite ni keje sendiri ke, boleh keluar ikut suka hati.
Sakitnye jiwa raga aku.  Ni bukannye cabaran, ni dah masuk bab penganiyaan dari pusat pengajian.  Kalau lambat bayar tak boleh masuk sem, dah bayar sukahati die orang je buat mcm kite ni studdent full time yg sentiasa available untuk jadual die orang.  Ni yang buat aku tak ikhlas nak gi tutorial ni!  'Ya Allah, ampunilah aku kerana gusar dengan dugaanmu Ya Allah.  Sesungguhnya sesuatu yang engkau berikan itu, atas sebab dan kehendak mu yang maha mengetahui lagi maha mengampuni." AMIN

Dari Ibnu Ad –Dailami dari, Zaid bin Tsabit r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seandainya Allah berkehendak untuk menyiksa hamba-Nya yang berada di langit dan di bumi, nescaya Dia pasti akan menyiksa mereka, sedangkan Dia tidak zalim terhadap mereka.

Seandainya Allah merahmati mereka, sungguh rahmat-Nya itu lebih baik bagi mereka daripada amal-amal kebajikan mereka. Seandainya kamu mempunyai emas sebesar Gunung Uhud, kemudian kamu infakkan di jalan Allah, tidak akan diterima infakmu sehingga kamu beriman kepada takdir sepenuhnya.

Maka perlu kamu ketahui bahawa musibah yang menimpamu tidak akan meleset dari mu dan sesuatu yang mesti terlepas dari mu tidak akan menjadi musibah bagi mu. Jika kamu mati dengan (keyakinan) selain ini, pasti kamu masuk neraka.” (0062)

No comments:

Post a Comment