Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Golden Churn........???????

Serius beb...betul betul punye serius wei......kes Butter Golden Churn nie!  Mula-mula di hebahkan pasal benda ni haram, MASYAALLAH terkezut dan terkedu serta terkilan sungguh.  Tapi tiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya.  Sampaikan raya taun ni aku merajuk tak nak buat kek, tapi laki aku punya pujuk, cair di buatnya.  At last aku buat jugak kek, tapi guna Buttercup!
Bayangkanlah, masa Jabatan Agama Islam Sarawak menasihati semua umat Islam untuk tidak menggunakan GCB (Golden Churn Butter ye, bukan grill chicken burger) sehingga siasatan keatas nya selesai, memang bengang.  Sebabnya sekejap kata tak halal, sekejap kata halal.  Siap keluar kat TV lagi cakap butter tu halal oleh salah seorang pegawai syarikat pengeluar butter tersebut lepas heboh JAIJ umumkan tak halal.
Satu malam laki aku kena sama' semua perkakas kuih aku.  Aku punyelah frust sampai suruh je lakiku buang semua peralatan kuih yang pernah aku gunakan dengan GCB tuuuu!  Nasib baiklah jumpe laki yang penyabar, die ingatkan aku, nasib benda ni terjadi, kalau idak sampei ke mati le yoep makan benda tu!
So, taun nie, hampir tiap rumah yang aku ziarah, siap owner bagitau, jemputlah makan kek, jgn takut....nie tak buat dari GCB.  Naik gelihati lah pulak sebab selama nie bukan main gah lagi GCB ni untuk kek Sarawak.....alih-alih sekarang jadi sesuatu yang digeruni pulak. KUN FAYAKUN.
Nak dijadikan cerita lebih panas, jiran aku jadi pembekal kek lapis Sarawak untuk pembeli dari Semenanjung, katanya jenuh menjawab soalan pasal butter nie. Aku cakap je kat die! kalau benda yang sah halal tapi perasaan was-was tu dah ade, cakap je tak payah beli. Tu dah Shubhah namanya.  Tapi dah dinamakan peniaga, terpaksalah layan karenah pelanggan kite.....ietak.  Tulah dalam salah satu entry aku dulu aku pernah cakap aku menyampah betul dengan peribahasa "CUSTOMERS ALWAYS RIGHT" sepatutunye letaklah customers always left.......yang banyak sangat songeh tu kita "leftkan ajelah die".......(sebab tu lah aku ni idup makan gaji, kalau aku bisnes gerenti pelanggan aku semuanye lari......hahaha".
Tulah tadi, setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita adalah ujian darinya........mungkin kerana kita terlupa atau tersilap maka Allah mengingatkan kita.  Bagi yang baca entry ni, di kesempatan ini aku ucapkan takziah kepada keluarga wartawan Malaysia yang meninggal terkena sasaran peluru sesat di Somalia. Al-Fatihah.......

Saturday, August 14, 2010

URUS NIAGA SESAMA KITA

Alongeton sangat menghormati setiap urus niaga kerana ia adalah satu sistem yang kompleks.  Alongeton rasa terkilan sangat kalau dalam satu urusniaga tu, apalagi kita sesama muslim, adanya khianat.  Along sedih betul2. Apalagi kalau along yang jadi perantara diantara pembeli dengan si penjual yang empunya barang.  Tapi along terima hakikat dan redha kerana setiap apa yang berlaku, tuhan lebih mengetahui hikmah disebaliknya.  Setiap rezeki yang kita terima kita memuji Allah (Alhamdulillah).  Dan setiap musibah yang melanda juga kita memuji Allah (Subhanallah).  Sesungguhnya apa yang diambil akan diganti dengan yang lebih baik lagi InsyaAllah
Di dalam hadith  Rasulullah s.a.w. bersabda

“Bagi setiap yang belot (menyalahi janji) ada bendera pada hari kiamat, dikatakan inilah pengkhianat si pulan”.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Para pembeli dalam masyarakat Islam beribadah ketika membeli, sementara para peniaga pula beribadah ketika menguruskan peniagaan dengan jujur dan amanah. (Depetik dari Blog  PENAWAR KALBU)

Friday, August 13, 2010

MAK AI!!!!!!!!!!!!!!!!


Cuba kau orang tengok betul2 resit yang aku postkan ni.  Tengok tang ari bulan die, satu 8/8/10 dan satu lagi 9/8/10.  Beza 1 hari je kan!  Lepas tu kau orang tenung pulak tang bahgian yang aku garis kan.  Produk yang sama tapi dalm satu ari je dah naik RM 1. Bukannya main sen2 nak naik, main ringgit2.  Cuba pikir kalau 1 item RM 1, kalau kau beli 10 item..............wo boleh kering kontang macam ni.  Maknanya belanja barang runcit harian untuk 1 bulan dah meningkat 30%...................ni barang perlu ni, bukan kehendak!  Abis nak buek cam no?  Tak nak beli anak2 nak makan minum.  Ape kau org rasa?