Saturday, September 3, 2011

Golden Churn........???????

Serius beb...betul betul punye serius wei......kes Butter Golden Churn nie!  Mula-mula di hebahkan pasal benda ni haram, MASYAALLAH terkezut dan terkedu serta terkilan sungguh.  Tapi tiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya.  Sampaikan raya taun ni aku merajuk tak nak buat kek, tapi laki aku punya pujuk, cair di buatnya.  At last aku buat jugak kek, tapi guna Buttercup!
Bayangkanlah, masa Jabatan Agama Islam Sarawak menasihati semua umat Islam untuk tidak menggunakan GCB (Golden Churn Butter ye, bukan grill chicken burger) sehingga siasatan keatas nya selesai, memang bengang.  Sebabnya sekejap kata tak halal, sekejap kata halal.  Siap keluar kat TV lagi cakap butter tu halal oleh salah seorang pegawai syarikat pengeluar butter tersebut lepas heboh JAIJ umumkan tak halal.
Satu malam laki aku kena sama' semua perkakas kuih aku.  Aku punyelah frust sampai suruh je lakiku buang semua peralatan kuih yang pernah aku gunakan dengan GCB tuuuu!  Nasib baiklah jumpe laki yang penyabar, die ingatkan aku, nasib benda ni terjadi, kalau idak sampei ke mati le yoep makan benda tu!
So, taun nie, hampir tiap rumah yang aku ziarah, siap owner bagitau, jemputlah makan kek, jgn takut....nie tak buat dari GCB.  Naik gelihati lah pulak sebab selama nie bukan main gah lagi GCB ni untuk kek Sarawak.....alih-alih sekarang jadi sesuatu yang digeruni pulak. KUN FAYAKUN.
Nak dijadikan cerita lebih panas, jiran aku jadi pembekal kek lapis Sarawak untuk pembeli dari Semenanjung, katanya jenuh menjawab soalan pasal butter nie. Aku cakap je kat die! kalau benda yang sah halal tapi perasaan was-was tu dah ade, cakap je tak payah beli. Tu dah Shubhah namanya.  Tapi dah dinamakan peniaga, terpaksalah layan karenah pelanggan kite.....ietak.  Tulah dalam salah satu entry aku dulu aku pernah cakap aku menyampah betul dengan peribahasa "CUSTOMERS ALWAYS RIGHT" sepatutunye letaklah customers always left.......yang banyak sangat songeh tu kita "leftkan ajelah die".......(sebab tu lah aku ni idup makan gaji, kalau aku bisnes gerenti pelanggan aku semuanye lari......hahaha".
Tulah tadi, setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita adalah ujian darinya........mungkin kerana kita terlupa atau tersilap maka Allah mengingatkan kita.  Bagi yang baca entry ni, di kesempatan ini aku ucapkan takziah kepada keluarga wartawan Malaysia yang meninggal terkena sasaran peluru sesat di Somalia. Al-Fatihah.......

Monday, March 28, 2011

Eustress Or Distress




Date : 28 March 2011
1.  Assignment due 3 April 2011
2.  Exam due 2 April 2011
3.  Ordering penggal due actually last week, hehehe tak buat pon last week, tak sempat!
4.  Monthly return due end of the month........dah nak end pon!
5.  Equipment movement data tak siap taip lagi
6.  Student practical dah datang ari ni...... plan tak buat lagi!
7.  Workload return tak kira lagi..........biarlah alang2 31hb
8.  Daily routine ( firstly wife, mom, daughter and sister, secondly kakitangan kerajaan, thirdly student, fourthly friend)

Hahaha tsunami ni, kalau korang masok kat stor yang aku look after, pengsan beb.  Rilek........jom kita schedule satu-satu.  Phewitttt........ada hati nak cakap pasal schedule mengschedule pulak! Kalau korang, nak buat apa dulu.   Alih-alih macam tau-tau aje dua teruna datang menjemput ku.  Bukan pegi dating la, jemput kerja yang due.  Sorang datang petang tadi, agak kol 6 gitu, tanya pasal ewuipment movement data.  Aku jawap, "K. data semua dah siap, nak taip je lagi."  Sorang pulak datang around 7 pm, tanya pasal ordering penggal, aku jawab " ok, aku submit before 9 pm".

Hehehe, mesti korang tolong aku cakap "banyak keja due boleh duduk tulis blog lagi?".  Alah... kalau pening pening pon bukan boleh siap semua keja, ya tak.  Buat pening je lah.  So, aku pikir aku buat ape yang mamat dua orang ni mintak dulu, then baru setel satu2 yang lain tu.

So, aku sempat siap kan ordering penggal dan submit sebelum kol 9pm seperti yang aku janjikan.  Ni sebenarnya tengah taipkan equipment movement data ni.  Monthly return aku sempat kira sebelum balik kol 9.30pm malam tadi.  Alhamdulillah, semua atas izin Allah.  Dia yang maha mengetahui.  Kita ni je yang selalu buat tak tahu, tak mau tahu dan tak pernah nak ambik tau!

K, sekarang ni aku tengah Eustress ke Distress...........Nak garu kepala tak gatal lah pulak!

Friday, March 25, 2011

Yarabbi............seram aku!

Lamak juak ku sik nyenguk blog ku tok.  Sori lah geng-geng yang selalu singgah, pi sik nemu crita baru.  Kan apa, gik gago ngan assignment koh.  maklomlah, dah lamak sik jadi student, pancet juak tayar nak molah assignmnet tok.  Tertunggit juak nak ncarik idea.
Ari tok tek, ku ada attend kursus pasal HIV.  Yarabbi..........seram nar ku nangga statistik nya.  Sik boh lah engkah dalam blog ku to jumlahnya, kelak sik pasal2 sidak overseas madah kita tok sarang HIV.  Sigek gik nak nyuruh ku ngerembang bulu tubuh, statistik sidak nak unur 13-19taun.  Kata penceramah tek, mun umurnya 13 taun dah di detect ada HIV, maknanya nya dah terdedah ngan aktiviti sik sehat lebih awal dari ya, mungkin masa umurnya 10, 11 ataupun kurang dari ya.  Nengar nak cam ya, teringat ku dengan kes di Myanmar, nembiak umur 9 taun dah dijadikan pekerja seks.  MasyaAllah,  bayangkan jak, umur-umur anak kita orang jak ya bah.  Ada kitak orang maca Harian Metro ari marek, kes cdak nembiak tok main game bergerek sampei ke molah hubungan seks, game Jepon katanya. 
Cam nei gik nak merik education ngan sidak target group tok o?  Di sekolah nang dah ada ceramah oleh sidak Jabatan Kerajaan tentang tok semua, sidak kempen anti merokok indah.  Kerja kursus nembiak sekolah pun ku nangga ada yang molah KATA TAK NAK! Tapi macam sik berkesan jak.
Di rumah pun nang sik pandei kepak ku ncarik peluang untuk merik sidaknya kesedaran tentang tok semua.

Coba kitak orang nangga jumlah dari negara jiran kita pada taun 2008, kita mpun sik jauh dari ya oooo.  Bayang kan camne gaya kita 2-5 taun akan datang.  Aku yang expose ngan field tok, nang mena-mena ku takut.  Bukan kerana takut kenak HIV kah apakah, sebab kerja aku nang risiko tinggi, pi miker anak-anak kita akan datang. 
Bila kita gintei to semua, kita akan bukak mata kita luas-luas.  Semua tok kerana menjauhkan dirik dari agama, pa pikir tak orang.  Sik takut ngan tuhan, nak dilarang semua nak di polah.  Sik hal, katanya, gik ada masa nak tobat bah.  Mun jak sempat!  Sidak politik pun dah sik da cerita lain, kes liwat lah, video seks lah....nang kesia ajak-ajak tujunya.  Tauk sik, mun ngikut statistik di Sarawak, kes HIV tertinggi di sebabkan heteroseksual.  Lain ngan di Semenanjung, penyebab utama ialah penagihan dadah.  Lepas ya di list gik, kerja yang dalam kategori nak berisiko............ada juak ku nengar nama baru ari tok tek MOMMA BLUES.  Pernah sik kitak orang dengar?  Retinya ialah isteri-isteri mun boleh di tunggah isterilah, yang di tinggal leh lakinya gi travelling lamak2 ya bah, dapat supply bila laki sik ada.   Apa lah nak jadi ngan KITA tok semua!

Wednesday, February 16, 2011

MasyaAllah......betulke ni!

12 Rabiulawal, atok menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 4.50 petang.
Al-Fatihah.
Lepas jenazah atok di bawa ke tanah perkuburan, aku dengan suami nak kena anta mak ot sekeluarga ke airport.
Ok, aku tak nak cerita panjang pasal apa yang seterusnya waktu pengebumian jenazah atok, sebab aku bukannya ada kat situ.
Balik dari airport jam dah kol 11.30 pagi, perut dah keroncong sebab pagi tak breakfast.  So, aku, husband, baby dan wani pon singgahlah kat sebuah kedai makan di Kota Sentosa, SERAPI KORNER. Dari segi rupa kedainya macam kedai makan yang lain-lain yang ada kat sekitar Kuching ni.  Gi kat tempat laok-paok memang menyelerakan.
Aku pon minta nasi putih setengah, ambil seketul laok ikan masak lemak cili api, sambal terung satu sudu dan perut lembu masak lemak sili api pon satu sudu.  Perangai aku kalau makan nasi campor aku akan ambil nasi dan laok cukup-cukup je sebab tak suka tengok rezeki di buang.  Waima kalau aku makan buffet yang harga puluh ringgit pun aku makan cukup2 je, tak lah sampai nak isi perut penuh sebab bayar mahal.
Dah siap semua ambil makanan, bawak kemeja.  Sementara tunggu hubby basuh tangan sebab nak sama2 baca doa makan, seorang pekerja kedai bawak pen dan tulis sambil mengira laok dan nasi.
Lepas makan aku pon tengok lah resit yang dia dah siap kira yang diletakkan kat dlam gelas plastik kosong kat atas meja, aku pon, MASYAALAH.....BETULKE NI!
Kat resit tulis
N/C aku assume nasi campor 8.00, 11.00 dan 13.00
Tak pernah aku makan nasi campor kat kedai makan biasa sampai harga tu.  Bukannya ada air-cond ke apeke yang special sangat kat kedai ni.
Dek kerana tak puas ati, husband aku pon tanya lah yang isu bil tadi, "Dik, ni apa yang di makan ni caj sampai 13.00"
"Tu nasi yang kakak makan tadi, akak makan apa tadi?" Aku pon jawablah "Nasi stengah, ikan masak lemak, sambal trung dan perut lembu masak lemak".
"OOO nasi setengah tadi ya? Ikan tu seketul 5.00 kak" Aku ingat lagi ikannya lebar 3/4 inci lebih kurang, panjang dua inci." Cuba kau org tolong aku kira, kalau nasi setengah singgit, ikan seketul 5 inggit, baru 6 inggit.  Yang lagi 7 inggit tu apa benda yang die caj?  yang lagi tinggal kat dalam pinggan tu sayur terung sambal sesudu dan perut lembu sesudu.  Takkan 3.50 kot satu. Memandangkan aku tengah tak de mood, sbb tak cukup tido dan letih, aku malaslah nak tanya lebih, nanti lain pulak jadiknye.
Tapi aku cakap kat husband, kecualilah satu ari nanti aku pergi makan kat kedai biasa yang lain die caj aku lebih mahal dari kedai ni baru aku dapat terima apa yang budak kedai ni buat kat aku.  SERAPI KORNER memang hari ini dalam sejarahlah untuk aku.  Cukuplah aku takkan makan lagi kat kedai cekik darah macam ni.  Aku ingat benda online je, atau pinjaman bank je yang ade hidden charges.  Kat kedai makan pon ade hidden charges. 
Lepas tahlil tadi, aku pon cite lah dengan keluarga yang berkumpul, rupanya ramai jugak yang terkena.  Cousin aku kata dia org caj anak dia yang umur 4 taun punya nasik 10.00.  Kalau g kat "Hartz Chicken Buffet", berbaloi-baloi budak kene bayar 8 inggit, semua boleh makan.  Kepada tuan punye kedai, pantaulah sikit pekerja2 anda dan selamat beramal.

Monday, February 14, 2011

ATOK

Pagi 10hb Februari 2011, pukul 6.45 pagi, aku received call dari mak.  "Long, atok dah meninggal!"  aku terkejut betul.  Tak terucap pon Innalillah.  5 minit lepas tu aku kol Shitah, adek aku "Tah, buat apa tu?  Happy b'day.  Ni ada berita nak disampaikan,  mak kol tadi cakap atok dah meninggal"
15 minit lepas tu mak kol lagi cakap, tak atok tak meniggal.  Atok jatuh, tak tau lagi keadaan camne.
Ya allah, terus aku telepon Shitah, false alarm!
Kesian atok dan Shitah.
Sampai kat kampung,  sebelah badan tak dapat gerak.  Mak kata dah paggil MA kat klinik kampong.  Dia suruh anta hospital cepat.
Abis tu kenapa tak gi hospital lagi?  Ada anak atok yang tak setuju, kata mak.  Dia org kata atok dah tua, nanti dia org buat mcm2 kat atok.
Bincang punye bincang, si pembangkang pon buat announcement "Baiklah, kalau korang nak bawak gak bapak g hospital, korang bawaklah.  Aku ni dah tak ada hak. Korang buatlah"
Aku tak faham, kenapa boleh jadi sampai amcam ni.  Lepas tu semua sepakat, bawak atok utk pergi periksa kat hospital, tapi tak nak masok wad.  Lepas periksa nak bawak balik"  Paggil ambulan, bawak atok g hospital, boh oksigen, masuk drip.  MA tanya mak, kenapa lambat sangat baru nak anta g hospital?  Mak kata kena bincang adek beradek.
Lepas Ct Scan, Neuro doktor kata atok ada bleeding sikit dalam otak.  Tak perlu bedah.
Lepas tu jumpa lak ngan doktor medical, dia kata "Atok awak ada pendarahan dalam otak.  Memang tak banyak, tapi terlau ke dalam.  Kita tak mahu teruskan dengan pembedahan kerana usianya ,  kalau kita buat, atok awak kena pakai ventilator dan mungkin tak boleh off sampailah dia meninggal"
So, atok pon di bawa balik.  Sampai sekarang atok tenat.